Pakar UPM Tambahbaik Program Usahawantani | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Pakar UPM tambahbaik Program Usahawantani

Pakar UPM tambahbaik Program Usahawantani




SERDANG, 29 Jan – Pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) menambahbaik pelaksanaan program inkubasi usahawantaninya dengan enam pilihan modul berbanding tiga pada tahun lepas.

Enam pilihan modul itu ialah tanaman rock melon, akuakultur, ternakan ayam kampung, perkhidmatan makanan, perdagangan dan ekopelancongan.

Penambahan itu susulan kejayaan siri pertama program berkenaan yang menyaksikan sebanyak lapan buah syarikat persendirian dan perkongsian perniagaan berasas pertanian berjaya ditubuhkan oleh graduan program dengan salah satu daripadanya memenangi anugerah Best Student Enterprise 2012 baru-baru ini.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata berikutan kejayaan program itu pada tahun lepas, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan permohonan  peruntukan kewangan tambahan kepada UPM sebanyak RM3.8 juta pada 2013 dan RM3.5 juta pada 2014 berbanding RM2.8 juta tahun lalu.

“Program yang disertai oleh 50 graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan jumlah generasi usahawan pertanian merangkumi aspek pengeluaran, pemprosesan dan perniagaantani.

“Graduan diberi tunjuk ajar setiap aspek penting dalam menjalankan perniagaan bermula daripada penyediaan kertas projek hingga ke peringkat pemantauan dan pemasaran,” katanya pada ucapan perasmian program Inkubasi Usahawantani 2013 di sini.

Datuk Fauzi berkata peserta turut diajar dengan pelbagai teknik perundingan perniagaan semasa selain berkongsi pengalaman dengan pihak swasta projek pertanian melalui lawatan dan perbincangan secara hands-on.


Tarikh Input: | Kemaskini: | afeeq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
C1575846378