Pelajar Fakulti Pertanian Sertai Program National Training Week Di Pulau Carey | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Pelajar Fakulti Pertanian Sertai Program National Training Week di Pulau Carey

Pelajar Fakulti Pertanian Sertai Program National Training Week di Pulau Carey

Pelajar Fakulti Pertanian Sertai Program National Training Week di Pulau Carey
 
 
 
 
Pelabuhan Klang, 24 Jun 2024 — Pelajar Fakulti Pertanian telah mengambil bahagian dalam Program National Training Week (NTW) yang bertemakan "Know Your Palm Oil" bertempat di Palm Oil Experience Centre, Carey Island. Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Ezzarudin, Ketua SD Guthrie Ecogardens, dan Puan Nur Hafizah Harun, Head of Central Region – New Sector, HRD Corp.
 
 
 
 
Program telah disertai oleh pelajar-pelajar program Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian. Turut hadir dalam program tersebut ialah Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bersama staf Unit Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, FP serta kakitangan Unit Latihan & Akademik UPMET.
 
 
 
 
 
Peserta program telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan penting berkaitan kelapa sawit. Sesi pertama meliputi pengenalan kepada kelapa sawit dan sejarah Sime Darby Plantation (SDP), memberikan pandangan mendalam tentang perkembangan industri ini. Selain itu, peserta juga berpeluang melawat Muzium Perladangan Kelapa Sawit, yang menampilkan pameran menarik mengenai sejarah dan evolusi industri kelapa sawit di Malaysia.
 
 
 
 
Selain itu, Program ini turut menekankan amalan pertanian lestari di ladang kelapa sawit. Taklimat mengenai topik ini telah diberikan, menekankan kepentingan kaedah penanaman yang mesra alam dan mampan.
Salah satu acara menarik dalam program ini adalah demonstrasi menuai buah kelapa sawit oleh Encik Erwan Ramli, Penolong Pengurus Ladang. Demonstrasi ini memberikan pengalaman praktikal kepada para peserta tentang teknik-teknik yang digunakan dalam menuai buah kelapa sawit secara efisien.
 
 
 
 
 
Program National Training Week (NTW) bertemakan "Know Your Palm Oil" ini tidak hanya memberikan ilmu pengetahuan yang berharga, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara industri dan akademia. Kerjasama antara institusi pendidikan seperti Fakulti Pertanian dan pemain industri seperti Sime Darby Plantation diharap dapat terus diperkasakan bagi memajukan lagi sektor pertanian negara.
 
 

Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 25/06/2024 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:21:04:07~noCache