PENILAIAN KENDIRI EKSA PERINGKAT PTJ FAKULTI PERTANIAN | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » PENILAIAN KENDIRI EKSA PERINGKAT PTJ FAKULTI PERTANIAN

PENILAIAN KENDIRI EKSA PERINGKAT PTJ FAKULTI PERTANIAN

18 Januari 2024, Serdang – Fakulti Pertanian (FP) telah melaksanakan Penilaian Kendiri EKSA peringkat PTJ dimana ia merupakan salah satu keperluan untuk penilaian Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja sempena sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM untuk tahun 2024. Seramai tiga orang penilai luar dilantik untuk menjayakan proses penilaian tersebut. Mereka adalah Puan Norhaslinda Noruddin dan Puan Nor Hidayah Husain daripada Fakulti Sains dan Encik Aidi Asyraf Suhaimi daripada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Kehadiran mereka disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa EKSA FP, En. Wan Zaharuddin Wan Abdullah dan ahli jawatankuasa EKSA FP yang lain di Dewan Pertanian pada jam 9.00 pagi.

Sesi dimulai dengan ucapan pembukaan oleh En. Wan Zaharuddin dan seterusnya pembentangan Laporan Aktiviti EKSA FP Tahun 2023 oleh Pemangku Penyelaras Fasilitator EKSA, Puan Noor Azwa Zulkaliph @ Zulkifli. Sesi penilaian ini melibatkan lima daripada tujuh zon blok, iaitu Zon C hingga Zon G dan dua zon ladang iaitu Pejabat Ladang 10 dan Pejabat Ladang 15. Sesi penilaian diakhiri dengan sesi penutup pada jam 4.00 petang di Dewan Pertanian.

Fakulti Pertanian menerima pujian daripada penilai tentang amalan dan pembudayaan EKSA oleh warga PTJ melalui struktur organisasi dan aktiviti EKSA yang dijalankan di fakulti. Purata markah keseluruhan penilaian untuk sesi ini adalah 86.63 %. Namun demikian, terdapat beberapa penambahbaikan yang dicadangkan oleh penilai bagi memantapkan lagi pengurusan EKSA Fakulti. Antaranya dari segi perlabelan yang dipamerkan, kekemasan Kawasan persekitaran dan penglibatan ahli pengurusan tertinggi fakulti di dalam struktur organisasi Jawatankuasa EKSA.

Pihak Fakulti Pertanian mengambil maklum dan akan menambahbaik perkara tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penilai yang sudi hadir ke sini. Ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga Fakulti Pertanian. Semoga penerapan amalan EKSA dalam perkhidmatan kerja dapat diteruskan sekaligus meningkatkan kecemerlangan fakulti sepertimana yang dinyatakan dalam motto EKSA UPM iaitu “Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”.

Tarikh Input: 09/02/2024 | Kemaskini: 09/02/2024 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEVEAv~