Program Jelajah Siswa Sayang Ilmu Sayang Komuniti UPM 2017 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Program Jelajah Siswa Sayang Ilmu Sayang Komuniti UPM 2017

Program Jelajah Siswa Sayang Ilmu Sayang Komuniti UPM 2017

  

Seramai 15 pelajar dari Fakulti Pertanian telah terlibat dalam Program Jelajah Siswa Sayang Ilmu Sayang Komuniti UPM 2017 anjuran bersama UPM dengan kerajaan Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Mei 2017 di Dataran Seri Kemang dan Kawasan JKKK Dun Linggi, Port Dikson, Negeri Sembilan.  Komuniti Kg. Permatang Pasir, Linggi, Negeri Sembilan telah menjadi lokasi bagi pelajar Fakulti Pertanian  menjalankan aktiviti silang ilmu. Melalui program ini, para pelajar mendapat pendedahan mengenai kaedah pemindahan ilmu secara terus kepada kumpulan sasaran yang turut dibimbing oleh pensyarah dan pegawai dari Fakulti Pertanian. Antara aktiviti yang dijalankan bersama komuniti ini adalah pertunjukan kaedah teknik penghasilan baja organik dari bahan sisa buangan rumah, teknik penghasilan penghalau serangga semula jadi dan teknik pembiakan tampang. Selain itu, para pelajar juga turut mempelajari teknik-teknik penghasilan kuih-muih tradisional industri kecil dan sederhana yang diusahakan penduduk setempat.

Tarikh Input: 09/06/2017 | Kemaskini: 09/06/2017 | hma

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEZMAB~