Seminar Bi-Annual Gerhardt-UPM 2026 Himpunkan Lebih 200 Peserta Dari Seluruh Negara | FAKULTI PERTANIAN agri
» BERITA » Seminar Bi-Annual Gerhardt-UPM 2026 Himpunkan Lebih 200 Peserta dari Seluruh Negara

Seminar Bi-Annual Gerhardt-UPM 2026 Himpunkan Lebih 200 Peserta dari Seluruh Negara

Seminar Bi-Annual Gerhardt-UPM 2026 Himpunkan Lebih 200 Peserta dari Seluruh Negara

SERDANG, 21 Mei 2026 – Gerhardt Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Seminar Bi-Annual Gerhardt-UPM 2026 di Auditorium Rashdan Baba, UPM. Seminar ini menghimpunkan lebih 200 peserta yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, pelajar, pegawai teknikal serta wakil industri dari pelbagai negeri di Malaysia.



Program tersebut menjadi platform penting bagi perkongsian ilmu, teknologi dan amalan terbaik dalam bidang analisis makanan, pemakanan ternakan, keselamatan makanan serta teknologi makmal. Seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Gerhardt Malaysia Sdn. Bhd., Jonathan Lee, sebelum diteruskan dengan siri pembentangan ilmiah oleh pakar-pakar daripada institusi pengajian tinggi, syarikat teknologi dan makmal analisis terkemuka. Dr Nazri Nayan dan Chm Ku Mohamed Asyraf Ku Ahmad di antara pembentang mewakili Fakulti Pertanian UPM.


Selain sesi pembentangan, para peserta turut berpeluang mengunjungi pameran reruai dan sesi pembentangan poster yang disertai oleh pelbagai institusi pengajian tinggi dan syarikat, sekali gus membuka ruang kepada jaringan profesional serta kolaborasi antara akademia dan industri.



Penganjuran seminar ini membuktikan komitmen berterusan Gerhardt Malaysia dan Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM dalam memperkasakan budaya penyelidikan, pemindahan teknologi serta pengembangan ilmu yang mampu memberi manfaat kepada industri dan masyarakat. Kehadiran peserta dari seluruh negara turut mencerminkan minat yang tinggi terhadap perkembangan teknologi analisis moden yang menyokong kemajuan sektor pertanian, makanan dan penternakan negara.

Tarikh Input: 15/06/2026 | Kemaskini: 15/06/2026 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (08:15:26pm-08:20:26pm, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]