SESI TAKLIMAT KESEDARAN DAN PEMANTAPAN EKSA PKKSSAAS | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » SESI TAKLIMAT KESEDARAN DAN PEMANTAPAN EKSA PKKSSAAS

SESI TAKLIMAT KESEDARAN DAN PEMANTAPAN EKSA PKKSSAAS

SESI TAKLIMAT KESEDARAN DAN PEMANTAPAN EKSA PKKSSAAS
 
13 April 2026 - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM telah mengadakan satu sesi Taklimat Pemantapan dan Kesedaran EKSA kepada semua warga PKKSSAAS.
 
 
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan kefahaman berkaitan pelaksanaan EKSA kepada staf lantikan baharu dan pelajar Latihan Industri dalam persediaan PKKSSAAS menghadapi Penilaian Peringkat Kedua EKSA Tahun 2026 pada bulan Julai akan datang.
 
 
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Hanis Johari, Penolong Pendaftar (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Fakulti Pertanian selaku Fasilitator EKSA PKKSSAAS bagi tahun 2026. Turut hadir pada sesi taklimat ini, Puan Marziati Md Din, Pegawai Kewangan di Bahagian Audit Dalam UPM bagi sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan khidmat bakti selaku Fasilitator EKSA sepanjang tahun 2023 hingga 2025.
 
 
Penganjuran taklimat ini diharapkan dapat memberikan kesedaran, kefahamanan serta komitmen daripada semua warga PKKSSAAS agar dapat membudayakan pelaksanaan EKSA di PKKSAAS.
 

Tarikh Input: 04/05/2026 | Kemaskini: 04/05/2026 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (09:15:35am-09:20:35am, 04 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]