SYARAHAN INAUGURAL OLEH PROF. DR. MUTA HARAH ZAKARIA “A JOURNEY TO THE FASCINATING WORLD OF SEAGRASSESS: PAST, PRESENT AND FUTURE” | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » SYARAHAN INAUGURAL OLEH PROF. DR. MUTA HARAH ZAKARIA “A JOURNEY TO THE FASCINATING WORLD OF SEAGRASSESS: PAST, PRESENT AND FUTURE”

SYARAHAN INAUGURAL OLEH PROF. DR. MUTA HARAH ZAKARIA “A JOURNEY TO THE FASCINATING WORLD OF SEAGRASSESS: PAST, PRESENT AND FUTURE”

SYARAHAN INAUGURAL OLEH PROF. DR. MUTA HARAH ZAKARIA
“A JOURNEY TO THE FASCINATING WORLD OF SEAGRASSESS: PAST, PRESENT AND FUTURE”

Majlis Syarahan Inaugural yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Muta Harah Zakaria@Ya telah diadakan pada 7 Julai 2023 bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Syarahan bertajuk “A Journey to the Fascinating World of Seagrasses: Past, Present and Future”.

Prof. Dr. Muta Harah Zakaria merupakan Profesor di Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian dan merupakan pakar dalam dalam bidang Tumbuhan Laut iaitu rumput laut dan rumpai laut. Melalui kepakaran tersebut, beliau adalah antara nama yang sentiasa menjadi rujukan penyelidik dalam dan luar negara. Sepanjang 20 tahun sebagai ahli akademik, Prof. Dr. Muta Harah Zakaria mempunyai pengalaman luas dalam bidang berasaskan ekologi marin yang berkaitan dengan tumbuhan marin dan botani. Sejak lantikan beliau di UPMKB pada tahun 2002, beliau telah mengukuhkan dirinya sebagai penyelidik dalam bidang biologi akuatik merangkumi rumput laut, rumpai laut, tumbuhan bakau, dan tumbuhan air tawar.

Penglibatan beliau secara aktif dalam penyelidikan rumput laut telah meletakkan beliau sebagai pakar rujuk untuk menyampaikan syarahan, tugasan, bengkel dan program-program kesedaran di peringkat tempatan dan antarabangsa, sebagai contoh Bengkel Organisma Terumbu Karang, Universiti Malaysia Sabah-Pengenalan Taksonomi Rumput Laut, JICA Third Country Training Programme-Rumput Laut dan Bakau, Program Bengkel dan Siri Syarahan Biologi Rumput Laut dan Rumpai Laut di Universiti Kitasato, Universiti Kasetsart, Universiti Hasanuddin, Universiti Filipina dan LIPI, Indonesia serta sebagai perunding untuk beberapa projek (Pelabuhan Tanjung Pelepas, Lembaga Pelabuhan Johor).

Beliau telah berkongsi kepakaran berkenaan rumput laut dengan orang awam, jabatan kerajaan dan saintis berkaitan bidang kepakaran beliau. Koleksi herbarium rumput laut milik beliau dijadikan bahan rujukan untuk penyelidikan dan bahan pengajaran serta dipinjamkan ke negara luar (seperti Australia, Jepun, Institut Smithsonian, Washington) untuk pembelajaran taksonomi.

 

 

Majlis Syarahan Inaugural telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang hadir mewakilkan YBhg. Naib Canselor, UPM

 

“Komitmen Prof. Dr. Muta Harah dalam penyelidikan rumput laut dalam masa sama mendidik masyarakat umum kesedaran terhadap senario semasa kehilangan biodiversity marin pada kadar yang membimbangkan, sama ada di peringkat tempatan atau global wajar menjadi inspirasi dan pemangkin kepada kita semua untuk terus mendalami bidang yang diceburi”.

 

“Saya percaya, kajian yang dilaksanakan oleh Prof. Dr. Muta Harah Zakaria telah memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada Universiti, malahan kepada masyarakat dan negara selari dengan konsep ‘Al-Falah’ yang sering ditekankan oleh YBhg. Naib Canselor”

 

Hadir sama ke Majlis Syarahan Inaugural berkenaan ialah YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen, Dekan Fakulti Pertanian, YBhg. Prof. Dr. Japar Sidik Bujang merupakan mentor kepada Prof. Dr. Muta Harah Zakaria, ahli keluarga Prof. Dr. Muta Harah Zakaria yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang karier akademik beliau, rakan penyelidik dari dalam dan luar negara serta wakil-wakil industri yang bekerjasama dalam arena penyelidikan beliau.

Selamat maju jaya diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Muta Harah Zakaria @ Ya.

 

Oleh:

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan & Antarabangsa)

Fakulti Pertanian

7 Julai 2023

Tarikh Input: 21/07/2023 | Kemaskini: 21/07/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFCWAP~