UPM Terima Anugerah Jabatan Kerajaan Teraktif | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » UPM terima Anugerah Jabatan Kerajaan Teraktif

UPM terima Anugerah Jabatan Kerajaan Teraktif

UPM terima Anugerah Jabatan Kerajaan Teraktif 2023
 
SERDANG, 8 Ogos – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Fakulti Pertanian (FP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dianugerahkan Jabatan Kerajaan Teraktif 2023 melalui Projek Kebun Bandar Komuniti Pasir Gudang yang disampaikan oleh Datuk Bandar Pasir Gudang, Dato’ Asman Shah Abd Rahman, baru-baru ini.
 
Pernganugerahan itu telah diberikan kepada UPM berdasarkan penglibatan UPM bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dalam membangunkan projek kebun komuniti MBPG dan libat sama unversiti bersama MBPG sejak tahun 2013.
 
Ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 dalam melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat.
Dalam pada itu, melalui kerjasama strategik tersebut universiti berjaya membantu 17 kebun komuniti di Pasir Gudang dalam penganjuran aktiviti pemindahan ilmu oleh pakar pertanian dengan lapan siri topik yang melibatkan pakar UPM dari UCTC dan FP kepada penduduk setempat.
 

Tarikh Input: 21/08/2024 | Kemaskini: 21/08/2024 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:19:30:59~noCache