Garis Panduan Etika Penampilan Pelajar | FACULTY OF AGRICULTURE
» STUDENT AFFAIRS » Students Guideline » Garis Panduan Etika Penampilan Pelajar

Garis Panduan Etika Penampilan Pelajar

Peraturan pakaian pelajar yang ditetapkan oleh Universiti Putra Malaysia adalah seperti berikut:

Semua pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Selaku bakal para intelek negara, pelajar perlulah sentiasa mengamalkan pemakaian pakaian yang bersih, kemas dan bersopan semasa berada di kampus.

Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka dan memakai penutup muka.

Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang dikuatkuasakan oleh fakulti/pusat /bahagian terutama di makmal, di ladang, semasa berurusan dengan pegawai universiti dan juga semasa menjalani latihan amali /mengajar dan sebagainya.

Pelajar lelaki yang berambut pendek sahaja akan dibenar mendaftarkan diri. Sesiapa yang didapati tidak mematuhi peraturan rambut pendek adalah disifatkan sebagai melanggar peraturan universiti. Pelajar juga dilarang mewarnakan rambut mereka, selain daripada warna asal rambut.

Peraturan Pakaian Pelajar

Pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar universiti dengan menunjukkan kekemasan, kerapian, keceriaan dan kesopanan dalam berpakaian.

Pelajar diwajibkan berpakaian sopan (baju kemeja, T-berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut).

Pelajar tidak dibenarkan berpakaian yang ketat dan mempamerkan susuk tubuh, mendedahkan tubuh badan, menjolok mata dan memakai penutup muka (berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek, berbaju T tanpa kolar, berbaju tanpa lengan, berseluar/berskirt ketat, berselipar, berpurdah, berseluar jeans lusuh, bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan) di tempat berikut:

Dewan Kuliah

Bilik Makmal

Pejabat Pentadbiran

Fakulti dan Pusat Pengajian

Perpustakaan

Pusat Kesihatan Universiti

Kolej Kediaman

 

Semasa berurusan rasmi atau berada di dewan kuliah tidak dibenarkan memakai topi.

Arahan pakaian ini tidak mengurangkan apa-apa arahan mengenai pakaian oleh mana-mana fakulti atau jabatan kepada pelajar masing-masing kerana tujuan-tujuan tertentu.

ETIKA PENAMPILAN PELAJAR

Pelajar adalah pelanggan kami. Pihak kami berhasrat memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda jika anda mematuhi etika penampilan pelajar. Anda tidak akan dilayan dan dinafikan perkhidmatan jika tidak mematuhi etika penampilan pelajar di semua Kaunter Perkhidmatan, Pejabat, Dewan Besar, Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Perpustakaan dan Makmal.

Anda hanya akan dilayan jika: Anda tidak akan dilayan jika
  1. Mempamerkan kad pelajar

  2. Berambut kemas dan rapi antaranya :
    • Berambut pendek bagi lelaki
    • Berambut rapi bagi perempuan

  3. Berpakaian kemas dan sopan antaranya :
    • Berbaju kemeja
    • Berbaju t-berkolar
    • Berbaju kurung
    • Berseluar panjang
    • Berskirt panjang di bawah paras lutut
    • Berkasut
  1. Tidak mempamerkan kad matrik.

  2. Berambut tidak kemas dan tidak rapi antaranya :
    • Berambut panjang bagi lelaki
    • Berambut mengerbang bagi perempuan
    • Mewarnakan rambut

  3. Berpakaian kurang sopan antaranya :
    • Mendedahkan tubuh badan
    • Berseluar pendek
    • Berseluar / skirt ketat
    • Berselipar / berkasut sandal
    • Bertindik bagi lelaki


 

Pakaian Rasmi Sepanjang Minggu Perkasa Putra

Pakaian Rasmi Majlis Bersama Naib Canselor dan Majlis Ikrar

 

Updated:: 08/11/2023 [hans]

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFDFAG~