Kursus Asas Urban Agriculture | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Kursus Asas Urban Agriculture

Kursus Asas Urban Agriculture

 

Fakulti Pertanian dengan kerjasama Local Agenda 21 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengadakan kursus bersiri Asas Urban Agriculture di Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada penduduk di sekitar Kuala Lumpur telah menyertai kursus ini yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Sehingga kini dua siri kursus telah dijalankan sepanjang bulan April dan Mei 2017. Melalui kursus ini, para peserta didedahkan mengenai teknik penjagaan tanaman secara am meliputi aspek agronomi dan kawalan perosak tanaman. Para peserta juga turut menjalani aktiviti praktikal dan lawatan ke kawasan kebun komuniti bandar yang berdekatan sebagai pembakar semangat untuk memulakan aktiviti pembangunan kebun komuniti di kawasan masing-masing.

Tarikh Input: 09/06/2017 | Kemaskini: 09/06/2017 | hma

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXESPAP~