Majlis Penanaman Nenas MD2 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Majlis Penanaman Nenas MD2

Majlis Penanaman Nenas MD2

Sempena Minggu Perkasa Putra, Fakulti Pertanian telah menganjurkan Program Menanam Nanas MD2 di Ladang 15, Fakulti Pertanian pada 8 September 2018. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan turut dihadiri oleh Pengarah dan Pegawai Penyelidik Lembaga Perindustrian Nanas Negara (LPNM), Jawatankuasa Pengurusan dan staf Fakulti Pertanian serta kakitangan entiti di bawah Pejabat Naib Canselor UPM. Sebanyak 15,000 batang anak pokok nanas telah ditanam oleh peserta program pada hari ini.
 
Terima kasih atas kehadiran Datin Paduka Naib Canselor, Pengarah LPNM Selangor, En Rosmizam dan Pegawai Pembimbing LPNM, Bactris Damak dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama antara UPM dan LPNM terus unggul dalam memperkasakan bidang pertanian.

 

 
 
 
 

Tarikh Input: 26/09/2018 | Kemaskini: 26/09/2018 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEZQA3~