Perkhidmatan/Kemudahan | FAKULTI PERTANIAN
» JABATAN » Jabatan Teknologi Pertanian » Perkhidmatan/Kemudahan

Perkhidmatan/Kemudahan

Makmal Agrobioteknologi

Makmal Agrobioteknologi terdiri daripada empat makmal, Makmal Teknologi Gen, Makmal Mikrobiologi, Makmal Biologi Sel dan Makmal In-Vitro. Makmal-makmal ini memberi penekanan kepada pengajaran dan penyelidikan, terutamanya dalam bidang bioteknologi tumbuhan. Fokus penyelidikan adalah pada pembiakan mikro, transformasi genetik, pengekspresan gen dan pengklonan, mikrob berguna dan teknik penanda molekul. Tanaman yang dikaji termasuk buah-buahan seperti manggis, pisang, nanas dan betik, sayur-sayuran seperti kubis, tomato dan brokoli, padi, kelapa sawit, orkid, getah, pokok jarak dan Arabidopsis. Peralatan yang terdapat di makmal-makmal ini adalah seperti Real Time PCR, microplate readers, nanodrop, biolistic particle delivery system dan fermentor. 

Sebelum ini, makmal-makmal ini telah banyak menerima lawatan daripada para pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah dan guru-guru daripada Semenanjung Malaysia.


Makmal Pertanian Persis

Makmal pertanian persis dilengkapi dengan pakej pemprosesan data untuk permodelan geostatistik dan geospatial, analisa dan interpretasi imej, analisa Neural Network dan sistem penilaian risiko. Makmal ini juga dilengkapi dengan peralatan seperti sistem kedudukan sejagat serta penderia optikal dan proximal. Maklmal ini digunakan untuk membantu pengajaran Prinsip dan Aplikasi Pertanian Persis (TKP 5401) dan Teknologi Pertanian Moden (TKP 3001). 


Kemaskini:: 02/02/2016 [farrahm]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133785