JARINGAN | FAKULTI PERTANIAN

» JARINGAN

JARINGAN

Unit Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM)

Unit Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) berperanan sebagai unit yang memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang pertanian kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam membangunkan sosio-ekonomi setempat dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan komuniti.

 

Berikut adalah fungsi-fungsi khusus unit JINM:

  1. Pemindahan Teknologi:Memperkenalkan inovasi-inovasi, praktis dan kaedah dalam bidang pertanian yang terbaharu kepada komuniti supaya dapat diaplikasikan dalam aktiviti harian untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian

 

  1. Kursus dan Latihan teknikal:Penganjuran kursus -kursus dan latihan teknikal berkaitan pertanian kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dari segi teori dan praktikal

 

  1. Khidmat Nasihat:Menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan pertanian kepada pekebun dan petani secara individu mahupun berkumpulan berkenaan pengurusan ladang dan tanaman yang efektif

 

  1. Penyelidikan dan Inovasi: Pemudahcara di antara penyelidik dan pekebun menerusi kajian penyelidikan terkini berdasarkan cabaran dan kekangan yang berlaku di lapangan

 

  1. Konsep Pertanian Bandar:Memperkenal, membangun dan mengusahakan konsep Urban Farming atau Pertanian Bandar kepada masyarakat bandar menerusi sistem tanaman tanpa tanah seperti hidroponik, akuaponik dan fertigasi bertujuan untuk meningkatkan keberadaan produk tempatan di pasaran yang berkualiti tinggi

 

  1. Kolaborasi:Bekerjasama dengan Jabatan dan Agensi yang berkaitan untuk membangunkan program – program berteraskan pertanian untuk membangun modal insan yang berproduktiviti tinggi

 

SISTEM HISTAF SKOP JINM Sistem HiStaf Skop JINM merupakan satu sistem yang dibangunkan bertujuan...selanjutnya...
SKIM INSENTIF JARINGAN INDUSTRI UPM Telah diluluskan oleh LPU berdasarkan minit Mesyuarat LPU...selanjutnya...
PENARAFAN BINTANG JARINGAN INDUSTRI Tujuan Sistem Penarafan Bintang Hubungan Industri dibangunkan...selanjutnya...
SXDTTAj~