Kajian Rintis | FAKULTI PERTANIAN
» PRASISWAZAH » Latihan Industri & Pembangunan Kerjaya » Kajian Rintis

Kajian Rintis

Exit Survey UPM Kajian Rintis (Exit Survei UPM)
   
Pusat Pembangunan Akademik (atau lebih dikenali sebagai CADe) merupakan satu entiti bebas yang telah dipertanggungjawabkan oleh universiti untuk menjalankan kajian mengenai Pengajaran dan Pembelajaran yang dilaksanakan.
   
Oleh demikian, bagi mencapai matlamat penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya di Fakulti Pertanian, CADe telah membangunkan instrumen yang bersesuaian bagi tujuan pengukuran dan pengumpulan data agar setiap sudut penawaran perkhidmatan pengajian dapat diberikan kepada pemegang taruh dan pelanggan UPM. 
   
Pada setiap semester, pelajar yang telah menerima perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Penilaian Pengajaran agar setiap maklum balas pelajar ke atas kursus yang dipelajari berkeupayaan untuk diukur keberkesanannya.
 
Selain itu, pelajar akhir tahun / bakal graduan atau graduan UPM adalah perlu mengisi Kajian Rintis yang merangkumi keseluruhan aspek pengalaman perjalanan seorang pelajar dalam menerima perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran di universiti. Ianya adalah menjadi tanggungjawab pelajar tahun akhir / bakal graduan / graduan untuk bersama membangunkan pelan penambahbaikan ini dengan memberi maklum balas.
 
Dengan penglibatan maklum balas pelajar tahun akhir / bakal graduan atau graduan dalam kajian ini, ianya dapat memberi informasi yang lebih tepat ke atas penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh universiti dalam usaha UPM ke arah "MENJADI SEBUAH UNIVERSITI BEREPUTASI ANTARABANGSA" sebagaimana termaktub dalam VISI UPM.
 
 
OBJEKTIF:
 
Untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar dengan perkhidmatan yang disediakan oleh UPM dari aspek program pengajian, kokurikulum, perkhidmatan dan kemudahan (universiti/fakulti/kolej) dan prospek UPM.
 
Responden: Pelajar Tahun Akhir / Bakal Graduan / Graduan
 
Untuk log masuk Online Exit Survey, klik pautan berikut:
 
Online Exit Survey
http://oes.upm.edu.my/
 
Manual Pengguna 

- Pelajar  

 

Sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa melaksanakan survei ini, sila hubungi:-
 
Pn. Nor Azirawani Man
Pegawai Penyelidik Sosial
Ketua Bahagian, Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (PPP)
2020_Call us +603-9769 2079
norazirawani@upm.edu.my
   
Pn. Suraya Muda
Pembantu Tadbir (P/O)
2020_Call us +603-9769 1466
surayamuda@upm.edu.my

 

 

Kemaskini:: 16/12/2021 [fahezah_nor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXENCA5~