Pengwujudan Kursus Ijazah Kolej Pertanian | FACULTY OF AGRICULTURE
» ARTICLE » Pengwujudan Kursus Ijazah Kolej Pertanian

Pengwujudan Kursus Ijazah Kolej Pertanian

Pengwujudan Kursus Ijazah Kolej Pertanian

Tahukah anda bagaimana Universiti Putra Malaysia (yang dahulunya Kolej Pertanian Malaya) mula menawarkan pengajian di peringkat ijazah? Semuanya bermula pada hari ini, 57 tahun yang lalu!
 
Pada tanggal 31 Mac 1969, Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah mengesyorkan satu cadangan yang mengubah landskap pendidikan negara. Beliau mencadangkan agar Kolej Pertanian Malaya mengorak langkah ke hadapan dengan memulakan kursus peringkat ijazah, di samping kursus diploma yang sedia ada.
 
Syor inilah yang menjadi salah satu batu loncatan penting ke arah penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (kini UPM) sebagai sebuah universiti pada tahun 1971!
Kongsikan fakta bersejarah ini dengan rakan-rakan UPM anda. Berbangga menjadi sebahagian daripada legasi ilmu ini! ❤️🌾
 

Date of Input: 02/04/2026 | Updated: 02/04/2026 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (08:02:14pm-08:07:14pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]