
Rumah Jadi Kebun: Jimat Belanja, Tanam Sendiri!
Pelaksanaan konsep “rumah jadi kebun” dilihat sebagai solusi praktikal dalam menghadapi ketidakpastian ekonomi, namun tahap kesukarannya bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman individu. Menurut Dr. Juju Nakasha Jaafar, berkebun di rumah sebenarnya tidak sukar jika mempunyai ilmu dan teknik yang betul. Golongan muda tanpa pendedahan mungkin berdepan cabaran, tetapi kini pelbagai kaedah moden seperti hidroponik membolehkan tanaman diusahakan tanpa tanah.
Langkah permulaan yang disarankan ialah mengenal pasti lokasi sesuai di rumah dengan pencahayaan matahari yang baik, khususnya matahari pagi. Bagi pemula, penggunaan tanah adalah kaedah paling mudah sebelum beralih kepada teknik lebih moden. Bekas terpakai seperti botol, polistirena dan bekas makanan boleh dimanfaatkan, sekali gus mengelakkan pembaziran. Tanaman mudah seperti kangkung, bayam dan serai sesuai dijadikan permulaan untuk membina keyakinan.
Demonstrasi oleh Pn. Athirah Sulaiman menunjukkan kaedah semaian sayur seperti salad menggunakan span dan bekas terpakai yang ringkas. Biji benih boleh bercambah dalam masa lima hari dan dituai selepas kira-kira sebulan. Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah menghasilkan sayuran segar, rangup dan lebih berkualiti berbanding yang dibeli di pasaran.
Date of Input: 17/04/2026 | Updated: 17/04/2026 | wazien
MEDIA SHARING