Lawatan Dari Universitas Sjakhyakirti Palembang | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Lawatan dari Universitas Sjakhyakirti Palembang

Lawatan dari Universitas Sjakhyakirti Palembang

 

Fakulti Pertanian telah menerima seramai 36 orang delegasi dari Universitas Sjakhyakirti Palembang pada 12 September 2018 (Rabu) jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat, Blok C, Fakulti Pertanian.

Delegasi yang terdiri dari Rektor, dorsen dan pelajar siswazah dalam bidang perniagaantani. Di akhir lawatan, kedua pihak bersetuju menjalin kerjasama dalam bentuk Memorandum Persefahaman (MoU) untuk aktiviti penyelidikan, penganjuran seminar bersama dan pertukaran pelajar serta staf.

Pihak Universitas Sjakhyakirti Palembang telah menjemput Fakulti Pertanian berkunjung ke Palembang untuk mengadakan perbincangan bagi memulakan penyelidikan penanaman kelapa sawit di kawasan paya.

 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 26/09/2018 | Kemaskini: 26/09/2018 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
C1571789011