Fakulti Pertanian menawarkan dua Program dengan Tesis; Master Sains (MS) dan Doktor Falsafah (PhD). Di akhir program pelajar perlu menghantar tesis dan memenuhi keperluan minimum 9 kredit kursus untuk bergraduat. Pelajar PhD juga perlu membentangkan seminar berkaitan penyelidikan yang dijalankan. Tempoh pengajian bagi pelajar PhD adalah 2-5 tahun.
|
SYARAT KEMASUKAN |
Pemohon mesti mempunyai :
-
Ijazah sarjana dalam bidang atau bidang berkaitan yang diterima oleh Senat UPM; atau
-
Kelayakan lain yang setaraf dengan ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
-
Calon yang tidak mempunyai kelayakan berkaitan dalam bidang atau pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan hendaklah mengikuti kursus prasyarat yang sesuai yang ditentukan oleh Fakulti/Sekolah/Institut; atau.
-
Ijazah Sarjana Muda dengan syarat berikut: i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan kelas pertama atau yang setaraf dengannya. ii) Menjalani penilaian dalaman oleh Fakulti/Sekolah/Institut.; dan iii) Sebarang keperluan lain Fakulti/Sekolah/Institut Nota : Bagi pemohon yang diterima masuk dari Ijazah Sarjana Muda hingga PhD, pemohon tidak akan dianugerahkan Ijazah Sarjana sekiranya pemohon gagal viva voce.
-
Pemohon yang berada di semester akhir program pengajian sarjananya boleh dipertimbangkan untuk kemasukan sementara tertakluk kepada CGPA semasa atau yang setaraf dengannya memenuhi syarat kemasukan program Ijazah Kedoktoran.
-
Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti/Sekolah/Institut bagi setiap program.
|
BIDANG PENGAJIAN |
- Agronomi
- Akuakultur
- Ekonomi Pertanian
- Entomologi
- Hortikultur
- Kelakuan dan Kebajikan Haiwan
- Patologi Tumbuhan
- Pengembangan Pertanian
- Patologi Tumbuhan
- Pengurusan Perosak
- Pengurusan Sumber Tanah
- Perniagaantani
- Produksi Haiwan
- Sains Haiwan
- Sains Perikanan
- Sains Tanah
- Sains Tumbuhan
- Teknologi Pertanian
|
PERMOHONAN KEMASUKAN |
Sila memohon dalam talian melalui http://www.sgs.upm.edu.my dan Hantar dokumen sokongan permohonan anda ke alamat berikut:
Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Zone 4, Off Jalan Stadium 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA (Unit Pengambilan)
Tel : (603) 9769 4210 / 4216 / 4218 / 4200 (603) 9769 2509 / 9769 4232 Email : pg_admission@upm.edu.my Facebook : https://www.facebook.com/sgsupm
|
Kemaskini:: 25/10/2023 [sitinurhajar]
PERKONGSIAN MEDIA