Fakulti Pertanian menawarkan dua Program dengan Tesis; Master Sains (MS) dan Doktor Falsafah (PhD). Di akhir program pelajar perlu menghantar tesis dan memenuhi keperluan minimum 6 kredit kursus (kecuali 9 kredit bagi bidang Perniagaantani dan Ekonomi Pertanian) untuk bergraduat. Pelajar MS juga perlu membentangkan seminar berkaitan penyelidikan yang dijalankan. Tempoh pengajian bagi pelajar MS adalah 1-3 tahun.
|
SYARAT KEMASUKAN |
Pemohon mesti mempunyai :
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.750 atau setara, seperti yang diterima oleh Senat UPM; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan julat CGPA 2.500 hingga 2.749 boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Sekolah/Institut; atau
- Ijazah sarjana muda dalam bidang atau bidang berkaitan atau setara dengan julat CGPA 2.000 hingga CGPA 2.499, boleh diterima tertakluk kepada: -
i) sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan, ii) penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Sekolah/Institut.
- Calon yang tidak mempunyai kelayakan berkaitan dalam bidang atau pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan hendaklah mengikuti kursus prasyarat yang bersesuaian yang ditentukan oleh Fakulti/Sekolah/Institut dan memenuhi CGPA minimum; atau
- Pemohon yang berada di semester akhir program pengajian sarjana mudanya boleh dipertimbangkan untuk kemasukan sementara tertakluk kepada CGPA semasa atau yang setaraf dengannya memenuhi syarat kemasukan program ijazah sarjana; dan
- Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti/Sekolah/Institut bagi setiap program.
|
BIDANG PENGAJIAN |
- Agronomi
- Akuakultur
- Ekonomi Pertanian
- Entomologi
- Genetik dan Pembiakbakaan
- Hortikultur
- Kelakuan dan Kebajikan Haiwan
- Patologi Tumbuhan
- Pengembangan Pertanian
- Pengurusan Perosak
- Pengurusan Sumber Tanah
- Perniagaantani
- Produksi Haiwan
- Sains Haiwan
- Sains Perikanan
- Sains Tanah
- Sains Tumbuhan
- Teknologi Pertanian
|
PERMOHONAN KEMASUKAN |
Sila memohon dalam talian melalui http://www.sgs.upm.edu.my dan Hantar dokumen sokongan permohonan anda ke alamat berikut:
Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Zone 4, Off Jalan Stadium 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA (Unit Pengambilan)
Tel: +603-9769 4218 / 4223 / 4165 / 4169 / 4225 Email: pg_admission@upm.edu.my Facebook : https://www.facebook.com/sgsupm
|
Kemaskini:: 25/10/2023 [sitinurhajar]
PERKONGSIAN MEDIA