Master Sains | FAKULTI PERTANIAN
» SISWAZAH » PROGRAM SECARA PENYELIDIKAN » Master Sains

Master Sains

 

 

LATAR BELAKANG

Program Master di Fakulti Pertanian, UPM menawarkan laluan untuk memperdalam ilmu dalam bidang pertanian. Terdapat tujuh belas (17) bidang yang ditawarkan di FP iaitu:

  • Agronomi
  • Akuakultur
  • Ekonomi Pertanian
  • Entomologi
  • Genomik Pertanian
  • Hortikultur
  • Kelakuan dan Kebajikan Haiwan
  • Patologi Tumbuhan
  • Pengembangan Pertanian
  • Pengurusan Perosak
  • Pengurusan Sumber Tanah
  • Perniagaantani
  • Produksi Haiwan
  • Sains Haiwan
  • Sains Tanah
  • Sains Tumbuhan
  • Teknologi Pertanian

Pelajar bukan sahaja mempelajari teori tetapi juga mampu menyumbang kepada pembangunan pertanian yang lestari dan inovatif. Pelajar yang mengikuti Program MSc boleh melengkapkan program minimum satu tahun dan maksimum tiga tahun.

Pemohon dikehendaki menyediakan proposal penyelidikan yang ingin dijalankan bagi memastikan bidang penyelidikan mereka bersesuaian dengan kepakaran ahli fakulti. Setiap pelajar akan diberikan penasihat akademik sekiranya pelajar tersebut berjaya diterima masuk, di mana penasihat akademik inilah yang akan membimbing pelajar sepanjang pengajian.

Struktur Kokurikulum

  • Program MSc terdiri daripada kerja kursus, seminar, tesis dan viva voce (peperiksaan tesis).
  • Pelajar dikehendaki melengkapkan 3 jam kredit kursus iaitu kursus kaedah penyelidikan (3 kredit)
  • Pelajar dikehendaki mendaftar kursus seminar (1 kredit) yang ditawarkan setiap semester.
  • Pelajar mesti hadir dan lulus viva voce (peperiksaan tesis).

Syarat kemasukan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.750 atau setara, seperti yang diterima oleh Senat UPM; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan julat CGPA 2.500 hingga 2.749 boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Sekolah/Institut; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang atau bidang berkaitan atau setara dengan julat CGPA 2.000 hingga CGPA 2.499, boleh diterima tertakluk kepada: -

         i.   sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
        ii.   penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Sekolah/Institut.

  • Calon yang tidak mempunyai kelayakan berkaitan dalam bidang atau pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan hendaklah mengikuti kursus prasyarat yang bersesuaian yang ditentukan oleh Fakulti/Sekolah/Institut dan memenuhi CGPA minimum; atau
  • Pemohon yang berada di semester akhir program pengajian sarjana mudanya boleh dipertimbangkan untuk kemasukan sementara tertakluk kepada CGPA semasa atau yang setaraf dengannya memenuhi syarat kemasukan program ijazah sarjana; dan
  • Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti/Sekolah/Institut bagi setiap program.

Syarat Bahasa Inggeris

Untuk calon antarabangsa sahaja:

  • Band 5.0 - 6.0 untuk IELTS (Versi Akademik); atau
  • Skor 45 - 78 untuk TOEFL IBT (Termasuk Home Edisi); atau
  • Band 3 - 4 untuk MUET; atau
  • Skor 47 - 62 untuk PTE Akademik; atau
  • Skor 106 - 109 untuk CIEP di ELS Language Centre, UPM


Nota : Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi dua tahun.
Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan ini: https://sgs.upm.edu.my/content/english_language_requirements-40581

Pengambilan

Oktober   (Semester Pertama)

Mac         (Semester Kedua)

KADAR YURAN 

 

Local Student

Cluster of Fields of Study

1ST SEMESTER (Pay during the registration)

2ND – 3RD SEMESTERS

4TH SEMESTER

5 AND SUBSEQUENT SEMESTERS

 STUDY COST FOR MAXIMUM 2 YEARS

STUDY COST FOR MAXIMUM 3 YEARS

Sains & Technology

2,250

2,000

1,500

2,000

7,750

11,750

Social Science

2,050

1,800

1,300

1,800

6,950

10,550

 

International Student

Cluster of Fields of Study

1ST SEMESTER (Pay during the registration)

2ND – 3RD SEMESTERS

4TH SEMESTER

5 AND SUBSEQUENT SEMESTERS

 STUDY COST FOR MAXIMUM 2 YEARS

STUDY COST FOR MAXIMUM 3 YEARS

Sains & Technology

6,700

4,450

3,950

4,200

19,550

27,950

Social Science

5,950

4,050

3,550

3,800

17,600

25,200

 

Untuk MEMOHON, sila  

    Sekolah Pengajian Siswazah
    Universiti Putra Malaysia
    Zone 4, Off Jalan Stadium
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
    (Unit Pengambilan)

    Tel: +603-9769 4218 / 4223 / 4165 / 4169 / 4225
    Email: pg_admission@upm.edu.my 
    Facebook : https://www.facebook.com/sgsupm

Kemaskini:: 13/01/2026 [sitinurhajar]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (05:15:09pm-05:20:09pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]