Piagam Pelanggan Penyelidikan Dan Inovasi | FAKULTI PERTANIAN
» MENGENAI KAMI » Piagam Pelanggan » Piagam Pelanggan Penyelidikan dan Inovasi

Piagam Pelanggan Penyelidikan dan Inovasi

 

Kami warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia, dengan penuh tekad berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap untuk memenuhi keperluan pelanggan:

  1. Mengeluarkan surat kelulusan permohonan geran dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan surat penaja.

  2. Mengeluarkan surat tawaran Geran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari   bekerja selepas menerima proposal muktamad daripada penyelidik.

  3. Memaklumkan keputusan permohonan untuk menghadiri seminar / persidangan / bengkel / lawatan luar negara (SKBL) dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa SKBL.

  4. Mengeluarkan Surat Keputusan Permohonan Perlindungan Harta Intelek dalam masa lima (5) hari bekerja daripada tarikh pengesahan minit mesyuarat penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Harta Intelek (JPHI).

  5. Memaklumkan keputusan permohonan untuk menyertai pameran pertandingan penyelidikan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan.

  6. Memaklumkan keputusan permohonan kelulusan ethical clearance dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima keputusan daripada jawatankuasa yang terlibat.

 Laporan Piagam Pelanggan

2018

2019

2020

2021

2022

2023

Kemaskini:: 08/08/2023 [wazien]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDTNA7~