Maklumat Korporat | FAKULTI PERTANIAN
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat

Maklumat Korporat

Misi Fakulti

  • Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pendidikan, penyelidikan dan teknologi pertanian tropika
  • Untuk meningkatkan keupayaan UPM untuk menjadi pusat pembelajaran dan penghasilan ilmu pengetahuan pertanian tropika


Objektif Fakulti

Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang biosumber dan teknologi melalui:

  • Penghasilan graduan berkualiti yang berilmu tinggi, kreatif dan inovatif di samping mempunyai semangat keusahawanan
  • Peningkatan usaha untuk aktiviti penyelidikan kearah penggunaan teknologi, pengeluaran produk, proses dan sistem yang berkualiti dalam pertanian
  • Untuk menjadi pusat unggul dalam khidmat perundingan dan pertanian
  • Untuk menjadi pusat rujukan maklumat berkaitan pertanian dan berkeupayaan memainkan peranan aktif dalam penggubalan Dasar Pertanian Negara 

 
Objektif Kualiti Fakulti Pertanian

  • Objektif Pengajaran Pra-Siswazah Fakulti Pertanian adalah untuk melahirkan graduan pertanian yang relevan, berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.


Polisi Kualiti Fakulti Pertanian

  • Fakulti Pertanian UPM beriltizam mencapai kecemerlangan dalam pendidikan pertanian tropika menerusi sistem pengurusan kualiti yang sentiasa dipertingkatkan untuk memenuhi kepuasan pelanggan, selaras dengan MS ISO 9001:2008.
  • Kakitangan Fakulti Pertanian sentiasa melaksanakan tanggungjawab dalam usaha mencapai objektif kualiti Fakulti yang ditetapkan, seterusnya memastikan objektif tersebut dikaji semula secara berkala, selaras dengan misi, matlamat dan Polisi Kualiti Fakulti Pertanian.

Kemaskini:: 26/07/2023 [wazien]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDTKAT~