Jabatan Perniagaantani Dan Ekonomi Biosumber | FAKULTI PERTANIAN
» MENGENAI KAMI » Entiti Fakulti Pertanian » Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber

Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber

Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber ditubuhkan pada 1999.  Pada awalnya Jabatan ini di bawah Fakulti Ekonomi dan Pemasaran.  Jabatan ini menumpukan aktiviti pengajian kepada peningkatan pengeluaran dengan memfokus aktiviti pertanian ke arah kecekapan pengeluaran dan pemasaran yang berorientasi komersial melalui promosi teknik pengeluaran, amalan sistem perladangan yang cekap dan pengkomersilan aktiviti pertanian.  Di samping itu, keperluan kepada integrasi sistem maklumat yang tersusun dan lengkap yang menjadi semakan kritikal kepada pembangunan, daya saing dan produktiviti sektor pertanian terutama dalam arah aliran globalisasi juga diberi tumpuan.  Maklumat lengkap dan data seperti pengeluaran, harga, import, eksport dan stok diperlukan bagi tujuan membina angka tunjuk, membuat analisa, menggubal dasar, membuat perancangan dan keputusan.  Matlamat jabatan adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan memperkembangkan ilmu perniagaantani yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran keluaran pertanian melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan dan khidmat profesional.

Kemaskini:: 12/10/2017 [hma]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566134619