Agriculture Moves Beyond Expectation (AMBER) | FAKULTI PERTANIAN
» ARTIKEL » Agriculture Moves Beyond Expectation (AMBER)

Agriculture Moves Beyond Expectation (AMBER)

 

Majlis Perasmian dan bersama-sama peserta

 

Sejajar dengan matlamat Universiti Putra Malaysia iaitu melahirkan graduan yang berilmu tinggi, kreatif dan inovatif, program Agriculture Moves Beyond Expectation (AMBER) merupakan satu platform bagi para pelajar untuk menguatkan kemahiran insaniah di dalam diri meraka. AMBER merupakan siri pertandingan yang dilaksanakan pada setiap semester di bawah anjuran Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, UPM. AMBER membawakan tema-tema yang berlainan pada setiap semester, dengan mengekalkan struktur program dalam bentuk pertandingan. Di dalam AMBER 2.1, ia membantu pelajar untuk menjadi lebih kreatif dalam menginovasikan produk pertanian yang sedia ada sama ada untuk dijadikan sajian makanan yang baru atau sebagai ukiran karya.

 

Para peserta mengukir sayur-sayuran menjadi karya yang menarik!

 

Pada semester 2 (2017/2018) ini, AMBER 2.1 telah dijalankan dengan tema “Integration between Traditional and Modern Agriculture”. Seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada 4 kursus iaitu Fisiologi Tumbuhan, Olerikultur (Pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan), Fisiologi Lepas Tuai dan Tanaman Makanan telah menyertai program AMBER 2.1 ini. Program ini juga disertai oleh 8 pelajar mobiliti terdiri daripada Indonesia, China dan Thailand. Setiap kursus dibenarkan menyertai salah satu kategori yang dipertandingkan seperti Creative Physio Challenge, Fruit and Vegetable Carving, Salad Fusion dan Seed Building. Peserta pertandingan telah diberi masa 3 minggu untuk membuat persediaan sebelum pertandingan berlangsung dan setiap kategori akan dihakimi oleh 4 orang juri iaitu pensyarah kursus tersebut dan pensyarah jemputan (cross-judge). Di samping itu, program AMBER 2.1 telah mendapat perhatian dari syarikat swasta iaitu Rimbun Sekebun dan mereka juga turut membantu dalam penajaan program ini.

Di antara salah satu pertandingan adalah Creative Physio Challenge. Sebanyak 5 kumpulan yang menyertai kategori ini dan setiap peserta dalam kumpulan ini dikehendaki untuk menghasilkan produk berdasarkan tajuk yang menarik bagi kumpulan mereka seperti Natural Farming dimana sisa-sisa makanan dibuat menjadi bahan kompos, Rainbow Omelette menunjukkan perubahan warna telur putih apabila dicampurkan degan ekstrak kubis ungu dan bahan lain, Natural Dye, Xylem Ornamental and Seed Paper dan Miracle Fruit. Semua bahan yang digunakan perlulah berasaskan hasil pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil ternakan.

 

Tarikh Input: 12/05/2018 | Kemaskini: 12/05/2018 | fahezah_nor

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDcSA1~