Perkhidmatan/Kemudahan | FAKULTI PERTANIAN
» JABATAN » Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber » Perkhidmatan/Kemudahan

Perkhidmatan/Kemudahan

PERKHIDMATAN

Khidmat Rundingan Akademik

Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber (JPEB) menawarkan khidmat perundingan oleh ahli jabatan kepada organisasi-organisasi luaran. Hubungan ini membolehkan organisasi luar mengakses  kepakaran dan pengetahuan jabatan ini. Penyelesaian akan dibuat menggunakan aplikasi yang bersesuaian untuk masalah-masalah perniagaantani terkini. Kakitangan JPEB mempunyai pelbagai pengalaman dalam sektor pertanian, termasuk rantaian bekalan perniagaantani, ekonomi, kewangan, ramalan, pemasaran dan kepenggunaan.

Kerjasama Penyelidikan

Kebanyakan penyelidikan jabatan adalah berkualiti antarabangsa. Jabatan boleh menjalankan kerjasama penyelidikan bersama dalam subjek tertentu untuk meningkatkan prestasi organisasi luar. Kemudahan penyelidikan yang ada dijabatan dapat menawarkan inovasi terbaru, idea-idea perintis dan penyelidikan terkini perniagaan. Di Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber (JPEB), kami mempunyai penyelidik berkelayakan yang kompeten dalam bidang perniagaantani dan ekonomi biosumber. 

Latihan Pengembangan

Jabatan juga menawarkan latihan dan program pengembangan yang sesuai kepada pengeluar-pengeluar ladang, pihak berkepentingan professional dan pembuat keputusan dalam pengeluaran perniagaantani, pemasaran,  amalan dan pengurusan kewangan. Jabatan juga dapat memberi latihan pengembangan dalam aspek pengurusan strategik dan operasi untuk meningkatkan kemajuan perniagaan, termasuk pengurusan lading dan pengeluaran. Melalui portfolio program latihan pengembangan kami, ia membolehkan pekerja terlibat mengadaptasi pengetahuan baru dan kemahiran mereka untuk kegunaan praktikal. Pekerja yang memahami idea-idea perniagaantani terkini boleh memberi pulangan keatas pelaburan yang melebihi yuran latihan. Melalui pelaburan keatas sumber manusia anda, perniagaan anda, samaada tempatan atau global, besar atau kecil, akan mencapai peningkatan kualiti, inovasi, pelan strategik dan idea-idea baru yang dapat menolong organisasi anda mengorak satu langkah kehadapan.

KEMUDAHAN

Kemudahan Komputer

Di samping kemudahan penggunaan computer universiti, jabatan kami juga menyediakan makmal komputer khas untuk pelajar-pelajar JPEB dan ahli fakulti dalam Fakulti Pertanian. Makmal ini dilengkapi sepenuhnya dengan rangkaian Ethernet pantas dengan 25 buah komputer, sistem perkongsian skrin dan projektor. Semua computer mempunyai aplikasi berasaskan Windows seperti SAS, SPSS, E-View, Adobe Creative Suite, dan Microsoft Office. Mesin fotokopi CD / DVD, mesin pengimbas, mesin pencetak laser monokrom dan warna juga disediakan.  Pelajar boleh menggunakan makmal tersebut apabila tiada kelas dijalankan. Pelajar perlu mendaftar akaun untuk menggunakan makmal komputer JPEB.


Kemaskini:: 03/02/2016 [nitty]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133074