Program Read@Uni dengan slogan "with knowledge we lead" telah dilaksanakan dengan penyelarasan oleh perpustakaan di semua IPT awam dan swasta bagi menyemarakkan lagi kempen budaya membaca di institusi masing-masing dan membantu dalam menyokong aspirasi mewujudkan dekad membaca 2030.
Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2022. Objektif utama program ini adalah untuk menjadikan kebiasaan membaca terutama di kalangan pelajar dan warga universiti.
Tema dan Justifikasi
Jawatankuasa telah bersetuju memberi nama sudut bacaan sebagai “Falah Al-Fallah” yang membawa maksud Kejayaan Petani. Falah secara dasarnya di ambil dari konsep idealisasi Yang Hormat Dato’ Naib Canselor UPM iaitu ‘Menggema Seruan Al-Falah’ manakala perkataan Al-Fallah pula memberi definisi Petani, mewakili semua warga kerja Fakulti Pertanian.
Keunikan Bahasa Arab dari morfologinya memberi pelbagai maksud walaupun kata dasarnya seakan sama. Bersesuian dengan salah satu aktiviti di dalam program Read@Uni nanti, peserta berpeluang mempelajari variasi Bahasa Dunia dalam segmen Lingua Franca.
Aktiviti Read@Uni
Pelbagai program dan aktiviti menarik telah digarapkan bagi menghidupkan kempen Read@Uni sebagaimana berikut;
Lingua Franca
Ahmad Albab ! (fun games) - kerjasama PERMATANI
10 minit - Book Hour
Bedah Buku bersama Pakar
DIY – kraftangan/chef masakan sihat
Pondok : Atuk&Opah, Ceritalah !
Al-Falah : F2K (daripada Fakulti ke Komuniti) - kerjasama Kelab Kebajikan & Sosial