Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran pekerjaan untuk mereka berdaya saing di pasaran pekerjaan. Memiliki ijazah tinggi sahaja tidak menjamin pekerjaan seseorang. Sebaliknya, para graduan harus mempunyai pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar. Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program latihan industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Latihan industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya (marketability).
Rujukan: Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi [pautan]
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Perkara Akademik Prasiswazah 2014) [pautan]


Program Latihan Industri memerlukan setiap pelajar untuk menjalani pengalaman praktikal dengan industri, organisasi kerajaan dan institusi penyelidikan bagi melengkapkan kuliah rasmi dan kerja-kerja makmal. Program ini berlangsung selama dua puluh empat (24) minggu atau enam (6) bulan bagi setiap sesi akademik.
Di bawah program ini, pelajar akan dihantar kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan profesional, institusi penyelidikan serta syarikat-syarikat produk / perkhidmatan (dirujuk sebagai Pertubuhan) yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan pertanian yang utama sama ada dari dalam atau luar negara. Antara penempatan pelajar ialah: -
Pelajar - pelajar semester 7 Fakulti Pertanian akan mengikuti Taklimat Pertama Latihan Industri pada minggu ketiga atau keempat. Pelajar digalakkan mengikuti media sosial Fakulti Pertanian bagi mendapatkan informasi terkini.
![]() |
Unit Akademik Fakulti Pertanian / UPM | ![]() |
|
![]() |
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia | ![]() |
|
![]() |
@AgriUPM | ![]() |
|
![]() |
agri_ahepa | ![]() |
|
Berikut adalah senarai kod bagi kursus Latihan Industri mengikut program pengajian yang ditawarkan di Fakulti Pertanian. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Buku Panduan Program Pengajian Prasiswazah [pautan].

Sila rujuk di sini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada kami melalui emel. Harap maklum, terima kasih.
Kemaskini:: 15/09/2021 [fahezah_nor]

Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA