Outbound Pre-Registration | FACULTY OF AGRICULTURE
» UNDERGRADUATE » Mobility & Exchange Student » Outbound Pre-Registration

Outbound Pre-Registration

 

Langkah 1 : Pelajar yang berminat menyertai hendaklah mengisi Borang Pra - Pendaftaran [pautan] terlebih dahulu. Pra - Pendaftaran yang dilaksanakan tidak bermaksud pelajar wajib menyertai, ianya hanyalah pendaftaran bagi tujuan menyertai taklimat dan mendapat informasi terperinci sekiranya terdapat tawaran mobiliti diterima pada tahun semasa.
     
Langkah 2 : Pelajar sebelum (14) hari bertolak perlu memohon temu janji bersama penyelaras bagi tujuan Taklimat sebelum bertolak.
     
Langkah 3 : Sekiranya berkeperluan, pelajar akan diminta untuk menghadiri Sesi Temuduga yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
     
Langkah 4 : Pelajar mestilah berbincang terlebih dahulu bersama ahli keluarga bagi mendapatkan persetujuan mereka, terutamanya jika pelajar memilih untuk menyertai Pertukaran Pelajar selama (1) semester.
     
Langkah 5 : Pelajar adalah dikehendaki untuk menyediakan dokumen permohonan mengikut keperluan program [pautan], sama ada Pertukaran Pelajar selama (1) semester, Mobiliti Jangka Pendek, atau Latihan Industri.
     
Langkah 6 : Pada masa yang sama, cenderamata fakulti akan disediakan kepada pelajar untuk dibawa bersama ke negara yang dituju.
     
Langkah 7 : Pelajar perlu memastikan T-shirt rasmi Fakulti Pertanian telah disediakan untuk dibawa bersama ke destinasi.
     
Langkah 8 : Pelajar adalah dikehendaki menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap [pautan] bagi mengelak berlakunya sebarang masalah semasa hendak berlepas.
     
Langkah 9 : Pelajar wajib menjaga nama baik negara Malaysia dan Universiti Putra Malaysia di sepanjang masa berada di negara yang dikunjungi.
     

Langkah 10 & 11

: Pelajar hendaklah mematuhi peraturan di negara yang dikunjungi dan peraturan universiti di sepanjang masa berada di negara tersebut. Tindakan tegas akan diambil sekiranya pelajar didapati melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan.
     
Langkah 12 : Setelah kembali ke tanah air, pelajar haruslah menyiapkan laporan akhir mengenai pembelajaran di universiti luar selama tempoh keberadaan di sana.
     
Langkah 13 : Pelajar juga perlu menyiapkan sebuah video pendek berdurasi (2) minit sebagai laporan pembelajaran.
     
Langkah 14 : Pelajar akan dihubungi oleh Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi melaksanakan Sesi Perkongsian Pembelajaran bersama pelajar - pelajar lain yang turut ingin menyertai program mobiliti ini.
     
Langkah 15 : Akhir sekali, pelajar adalah dikehendaki menyediakan sebuah artikel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengenai pengalaman yang diraih sepanjang berlangsungnya program mobiliti ini.
     
Langkah 16 : Proses pemindahan kredit hanya akan dilaksanakan setelah pelajar menyelesaikan tugasan ringkas langkah 12 sehingga 15 dan menghantar (2) dokumen penting iaitu Sijil Tamat Pengajian Mobiliti dan Transkrip
     

___________________________________________________________________________________________________________________

Sila ikuti saluran rasmi Fakulti Pertanian bagi mendapatkan informasi terkini dari semasa ke semasa.
 
           
               

Updated:: 20/04/2021 [fahezah_nor]

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
CULcKAP~