Entiti Fakulti Pertanian | FAKULTI PERTANIAN
» MENGENAI KAMI » Entiti Fakulti Pertanian

Entiti Fakulti Pertanian

Fakulti Pertanian adalah satu daripada tiga fakulti pengasas dalam penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada 1971. Bermula dengan tujuh jabatan di bawahnya, fakulti ini telah menjadi asas kepada penubuhan beberapa fakulti lain dalam proses pembangunan dengan membangunkan jabatan berkenaan hingga menjadi taraf fakulti sendiri.

Sehingga akhir 1998, Fakulti Pertanian mempunyai 3 jabatan akademik, iaitu Jabatan Agronomi dan Hortikultur, Jabatan Perlindungan Tumbuhan dan Jabatan Sains Tanah. Bermula pada 1 Januari 1999, proses penstrukturan semula di Universiti Putra Malaysia juga melibatkan Fakulti Pertanian. Penstrukturan ini adalah berkonsepkan penyatuan atau integrasi elemen utama dalam sistem pertanian iaitu tanaman, haiwan, tanah, teknologi dan pengurusan. Berasas kepada konsep ini, Fakulti Pertanian kini mempunyai tujuh jabatan, iaitu Sains Tanaman, Perlindungan Tumbuhan, Pengurusan Tanah, Sains Haiwan, Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Teknologi Pertanian dan Jabatan Akuakultur.

Kemaskini:: 29/09/2017 [fahezah_nor]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566466279