ASEAN DALAM DUNIA SERBA TERKAIT: CABARAN DAN PELUANG BAHARU | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » ASEAN DALAM DUNIA SERBA TERKAIT: CABARAN DAN PELUANG BAHARU

ASEAN DALAM DUNIA SERBA TERKAIT: CABARAN DAN PELUANG BAHARU

 
Rancangan Selamat Pagi Malaysia semalam menampilkan Prof. Dr. Norsida Man dari Fakulti Pertanian dan Dr. Fairuzzaman Shaharuddin dari Fakulti Ekologi Manusia untuk membincangkan tajuk “ASEAN dalam Dunia Serba Terkait: Cabaran dan Peluang Baharu”.
 
Perbincangan bermula dengan menelusuri sejarah penubuhan ASEAN pada 8 Ogos 1967 bagi memperkukuh kerjasama politik dan keselamatan, sebelum beralih kepada cabaran keselamatan makanan yang timbul akibat pertumbuhan penduduk global, kebergantungan import beras dan kesan perubahan iklim.
 
Mereka turut menekankan potensi tanah Malaysia yang luas dan penggunaan teknologi pertanian moden untuk meningkatkan pengeluaran serta menghasilkan produk bernilai tambah.
 
Seterusnya, Prof. Dr. Norsida dan Dr. Fairuzzaman membincangkan inisiatif transaksi digital rentas sempadan menggunakan QR Code bagi mengurangkan pergantungan kepada mata wang asing dan peluang modal insan melalui pergerakan pekerja ASEAN dalam sektor pertanian dan kesihatan.
 
Kedua-dua pakar juga menyeru agar Bahasa Melayu dimartabatkan di peringkat serantau memandangkan ia mempunyai lebih 100 juta penutur di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand.
 
Jangan lepaskan rakaman penuh perbincangan ini untuk mendalami cara Malaysia sebagai penganjur mesyuarat ASEAN boleh memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan rantau yang semakin terhubung.
 

Date of Input: 28/05/2025 | Updated: 28/05/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (03:03:55pm-03:08:55pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]