Azahari Rangkul Kejuaraan Piala Best Dissertation Award 2025

SERDANG, 21 Januari – Muhammad Azahari Abu Lateh, pelajar tahun akhir Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul Piala Best Dissertation Award 2025 menewaskan enam finalis lain bersempena Agri Dissertation Day 2025 yang meraikan hasil penyelidikan terbaik pelajar Fakulti Pertanian.

Kejayaan ini diperoleh menerusi penyelidikan bertajuk “Factors Affecting Fresh Fruit Bunch Yield in Malaysia”, di bawah bimbingan Dr. Kelly Wong Kai Seng.
Ketua Juri, Prof. Dr. Uma Rani Sinniah, berkata, kesemua pembentang memberikan persaingan yang sengit dan pembentangan yang amat baik.
"Penyelidikan dan pembentangan Azahari amat cemerlang tambahan hasil bimbingan kepakaran dan dedikasi penyelia telah membantu menaikkan kualiti penyelidikan tersebut", menurutnya.

Sementara itu, Azahari ketika ditemui berkata kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada penyelianya, sahabat perjuangan dan pihak Jabatan.
“Saya sangat teruja dan bersyukur atas pengiktirafan ini. Ia memberikan inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh dalam bidang akademik,” katanya.
Untuk rekod, piala pusingan ini pernah dimenangi oleh Alfaris dari Jabatan Pengurusan Tanah pada tahun lalu.
Date of Input: 22/01/2025 |
Updated: 22/01/2025 | wazien
MEDIA SHARING