
Balkoni Jadi Kebun: Strategi Bijak Warga Kota Hadapi Kos Sara Hidup
Pertanian bandar kini semakin relevan sebagai pendekatan praktikal membantu warga kota berdepan tekanan kos sara hidup, di samping menyokong gaya hidup lestari dan sihat. Aktiviti bercucuk tanam tidak lagi terhad di luar bandar, sebaliknya ruang terhad seperti balkoni, laman kecil dan sudut kediaman dimanfaatkan untuk menanam herba serta sayuran harian.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Dr. Juju Nakasha Jaafar berkata dengan peruntukan sekitar RM200 hingga RM300 sebulan, isi rumah mampu mengusahakan tanaman asas bagi kegunaan keluarga, malah berpotensi menjana pendapatan sampingan. Kaedah moden seperti hidroponik dan penanaman mikrohijau turut menarik minat golongan muda kerana lebih sistematik dan cepat berhasil.
Menurut beliau, tanaman seperti daun kunyit, pandan, kari, sawi, bayam dan kangkung mudah diusahakan serta mempunyai permintaan konsisten. Sokongan institusi melalui latihan, pemindahan ilmu dan pendedahan teknologi penting bagi memperkasa masyarakat menjadikan pertanian bandar sebagai aktiviti produktif dan berdaya tahan.
Date of Input: 30/03/2026 |
Updated: 30/03/2026 | wazien
MEDIA SHARING