Bengkel Kursus Asas Reka Bentuk Grafik (Adobe Photoshop) | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Bengkel Kursus Asas Reka Bentuk Grafik (Adobe Photoshop)

Bengkel Kursus Asas Reka Bentuk Grafik (Adobe Photoshop)

Serdang, 13 April 2023 - Unit Multimedia dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sosial dan Staf Fakulti Pertanian telah mengadakan satu bengkel kemahiran reka bentuk grafik bagi penghasilan poster menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Muhammad Nor Wazien Norrashid, Pegawai Eksekutif Unit Multimedia Fakulti Pertanian yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Bengkel telah dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pensyarah dan staf fakulti. Meskipun pendedahan perisian Adobe Photoshop agak baharu bagi para peserta, namun rata-rata berjaya mengikut kursus ini dengan baik di samping berminat untuk mendalami kemahiran ini dengan lebih jauh.

Semoga program  ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta dan diharap agar ramai lagi staf fakulti dapat mencuba mempelajari kemahiran seni reka bentuk grafik bagi menambah kemahiran dan mengasah potensi kreativiti masing-masing.

Date of Input: 09/05/2023 | Updated: 09/05/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEYRAv~