CEO@PTJ Sesi 2025-2026

SERDANG 31 Oktober 2025 - Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu sesi Penyerahan Surat Pelantikan Program CEO@PTJ Sesi 2025-2026 kepada En. Hassim Mohamad Isa, Pengarah Urusan Elite Scientific Instruments Sdn. Bhd. Sesi ini telah berlangsung di Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, UPM. Pelantikan tersebut adalah untuk tempoh satu (1) tahun, berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2025 hingga 19 Oktober 2026.
Majlis dihadiri oleh Dr. Puteri Edaroyati Megat Wahab, Ketua Jabatan Sains Tanaman bersama Dr. Muhammad Nazmin Yaapar, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Tanaman.
Pelaksanaan Program CEO@PTJ dapat memupuk hubungan yang lebih erat antara Universiti, pensyarah dan pelajar melalui perkongsian dan bimbingan dalam hal-hal berkaitan pengembangan pendidikan untuk memastikan kesesuaian pembelajaran dan kriteria adalah mengikut keperluan pihak industri.
Date of Input: 04/11/2025 |
Updated: 04/11/2025 | wazien
MEDIA SHARING