ITEX'23 Awards | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » ITEX'23 Awards

ITEX'23 Awards

PENYELIDIK dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ali Tan Kee Zuan berjaya meraih pingat emas di The International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2023 (ITEX) hasil kajiannya mengenai formulasi biobaja cecair yang ditambah baik (An Improved Formulation of a Liquid Biofertilizer).
 
Beliau yang juga pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM menghasilkan biobaja cecair yang mampu mengurangkan kadar baja kimia sehingga 60 peratus dan biobaja ini boleh dihasilkan dalam masa yang singkat iaitu sekitar 24 hingga 48 jam sahaja. Biobaja itu terbukti mampu mempercepatkan proses pengkomposan dan penguraian bahan organik serta menghasilkan baja organik yang berkualiti tinggi. Kajian tersebut yang berkolaborasi dengan rakan industri telah berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan dan hasil tanaman melalui pelbagai mekanisme serta boleh juga mempercepatkan proses kompos dan penguraian bahan organik.
Selain itu, penyelidikan Hybrid Kelah Malaysia (Malaysian Mahseer Hybrid) oleh Dr. Fadhil Syukri dari Fakulti Pertanian dan Dr. Nur Kartinee Kassim dari Fakulti Sains turut memperoleh pingat emas. Pingat perak pula dimenangi oleh Dr. Norhayu Asib daripada Fakulti Pertanian bagi kajian Ecosaria: Bioinsektisida Hijau (Ecosaria: Green Bioinsecticide), diikuti oleh Dr. Noordiana Nordin dari Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) untuk kajian jalur ujian berasaskan asid nukleik (NALFA) bagi pengesahan ayam kampung dan Kit Amplifikasi Pantas Khinzir/Babi oleh Dr. Nur Fadhilah Khairil dari Institut Penyelidikan Produk Halal.
Menurut Pengarah Putra Science Park UPM, Prof. Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad, semua pingat yang diraih adalah hasil daripada komitmen dan dedikasi yang tinggi oleh barisan penyelidik dalam membangunkan inovasi terbaik.
“UPM sangat komited dalam menghasilkan dan mengkomersilkan inovasi yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat serta negara."
“Kami juga mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak yang disasarkan,” katanya.
Penganjuran ITEX 2023 telah masuk tahun ke-34, penganugerahan ini bertujuan untuk menggalakkan dan menonjolkan keupayaan penyelidik muda bagi meneroka kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) dan Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE).
ITEX 2023 yang dianjurkan pada 11 hingga 12 Mei 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) merupakan pameran reka cipta dan inovasi berprestij antarabangsa.
Acara tahunan ini adalah anjuran daripada Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan C.I.S. Network Sdn. Bhd.- RELEVAN
Brief Technology
This is a new fish hybrid derived from Malaysia Mahseer (Tor tambroides) mix with Silver Barb (Puntius gonionotus). This fish have high potential in the aquaculture industry. The new fish hybrid have faster growth compared to their parents. Generally stronger and have high tolerance in low dissolved oxygen condition and higher fillet yield. The Mahseer hybrid can be produced all year round (no season).
 
Brief Technology
- This liquid biofertilizer is proven to improve the growth and yield of various crops and enhance the decomposing process of organic residue into a high-quality organic fertilizer, with at least 12 months of shelf-life, stored at room condition.
-This green technology could be used as an alternative to minimize the use of chemical fertilizer, thus promoting an environmentally friendly and sustainable agriculture system.
 
ECOSARIA: GREEN BIOINSECTICIDE
Brief Technology
The formulated formulation of selected entomopathogenic fungi
(EPF) cultured as wettable powder formulation (Ecosaria). The dried
submerged propogule of EPF comprises of mycelial fragments and
conidia formulated together with wetting and dispersant agent and
filler to form the wettable powder formulation for controlling
infestation of agriculture pests such as bagworm.
 

Date of Input: 31/05/2023 | Updated: 31/05/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXETIAI~