Kisah Wira Ladang UPM Bekerja Di Bulan Ramadhan | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Kisah wira Ladang UPM bekerja di bulan Ramadhan

Kisah wira Ladang UPM bekerja di bulan Ramadhan

Serdang. 31 Mac 2023 - Secebis kisah wira-wira di ladang Universiti Putra Malaysia yang membanting tulang bekerja dalam bulan Ramadhan. Para wira di ladang UPM ini menahan lapar dan dahaga adalah tuntutan ketika kita menjalani ibadah puasa.
Pasti anda semua terfikir-fikir bagaimana seorang wira di ladang ini melakukan kerja-kerja berat pada bulan Ramadan?
 
Pegawai Pertanian UPM, Mohamad Hafis Kamaruddin berkongsi, rutin beliau dan rakan seperjuangan pada bulan Ramadan ini selalunya akan turun mengerjakan tanaman pada awal pagi dengan melakukan tugas yang berat.
"Iyalah penat tu tetap ada kerana berpuasa. Lagi-lagi kalau tengah hari. Sebab itu selalunya kami akan lakukan kerja-kerja di pejabat pula untuk menghindarkan kami terlalu penat dan dahaga.
 
 
"Bekerja di ladang ini, kami perlu bergerak, berdiri, menggunakan tenaga 100% mengerjakan hasil tanaman untuk dikutip hasilnya dan dijual. Tapi apa pun kami masih bertahan sehingga waktu berbuka puasa," katanya.
 
Tambah beliau, masuk sahaja tengah hari suasana di ladang membahang. Mandi peluh pada waktu puasa terlalu mengesan.
 
 
"Doakan kami terus kuat untuk terus berbakti," katanya.
Beliau berkata, cabaran paling perit semasa berkerja di ladang adalah cuaca. Apabila panas pasti akan berasa sangat dahaga dan kelaparan.
 
Sebab itu semasa sahur perlu makan secukupnya dan minum air dengan banyak untuk memberikan tenaga sehingga waktu berbuka.
 
 
"Kami tetap akan berpuasa kerana ianya adalah bukti bahawa ibadah berpuasa pada bulan mulia ini bukanlah satu halangan yang menjadikan umat Islam kuat, malah ia menyuntik semangat pengorbanan dan perjuangan dengan ikhlas kepada ALLAH SWT," katanya.

Date of Input: 31/03/2023 | Updated: 31/03/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEaMAF~