Kunjungan Profesor Pelawat Antarabangsa ke Fakulti Pertanian
Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian dengan sukacitanya telah menerima kunjungan Prof. Alfons Oude Lansink dari Wageningen University and Research sempena Visiting Professor Program yang berlangsung pada 12 hingga 15 Januari 2026.
Sepanjang program, beliau terlibat dalam pelbagai aktiviti akademik termasuk pertemuan bersama pengurusan fakulti dan warga jabatan, sesi perkongsian penerbitan jurnal berimpak tinggi, seminar bersama pelajar tahun akhir, lawatan fasiliti fakulti serta kursus pendek berkaitan Technical Efficiency menggunakan R yang merangkumi kuliah dan latihan analisis menggunakan komputer. Kemuncak program ialah penyampaian Syarahan Umum Fakulti oleh beliau yang bertajuk “Environmental Thematic Investing in Europe: A Data Envelopment Analysis of Risk, Return, and Environmental, Social and Governance Performance”.
Kunjungan ini bukan sahaja memperkaya pengalaman pembelajaran warga fakulti, malah membuka ruang kolaborasi penyelidikan antarabangsa dengan universiti bereputasi tinggi. Fakulti Pertanian berharap kerjasama strategik ini akan terus diperkukuh pada masa hadapan.
Date of Input: 19/01/2026 |
Updated: 19/01/2026 | wazien
MEDIA SHARING