KURSUS PEMPROSESAN PRODUK MAKANAN HASIL PERTANIAN BANDAR | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » KURSUS PEMPROSESAN PRODUK MAKANAN HASIL PERTANIAN BANDAR

KURSUS PEMPROSESAN PRODUK MAKANAN HASIL PERTANIAN BANDAR

KURSUS PEMPROSESAN PRODUK MAKANAN HASIL PERTANIAN BANDAR
 
27 - 28 Julai 2024 - Pusat Trannsformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi Makanan,UPM serta Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Kursus Pemprosesan Makanan di bawah Program Pemerkasaan Komuniti Taman Putra Perdana menerusi Projek Kebun Komuniti Peringkat JPP Zon Putra Perdana Bersama UPM.
 
 
 
Kursus ini merupakan salah satu daripada modul pemindahan ilmu yang direncana di bawah program ini yang bertujuan untuk memperkenalkan serta melatih komuniti dalam potensi pembangunan dan pemprosesan produk hasil daripada aktiviti pertanian bandar. Para peserta telah mempelajari teknik penghasilan produk berasaskan tumbuhan hasil pertanian bandar seperti pastel kenyal (gummy) daripada buah tomato serta burger cendawan.
 
 
Sesi teori disampaikan oleh Dr. Rozzamri Ashari, Pensyarah Kanan, Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan sesi amali dikendalikan oleh Dr. Asyrul, En. Abdul Hadi Mat Amin dan En. Ahmad Safwan Setaffa dari fakulti yang sama.
Terima kasih kepada semua peserta, wakil daripada kebun komuniti JPP Putra Perdana, wakil Komuniti SK Cheras Indah & PTJ yang terlibat atas komitmen dan penglibatan dalam sesi ini.
Semoga beroleh ilmu yang bermanfaat.
 
 

Date of Input: 30/07/2024 | Updated: 30/07/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:6:30:35~noCache