Memorandum Perjanjian (MoA) Tanaman Ubi Konjak | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Memorandum Perjanjian (MoA) Tanaman Ubi Konjak

Memorandum Perjanjian (MoA) Tanaman Ubi Konjak

KAJANG, 14 Mac 2023– Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Ladang Konjak Sdn. Bhd sepakat meterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melaksanakan penyelidikan bersama untuk tanaman ubi konjak, di pejabat Majlis Profesor Negara, hari ini.
MoA ini turut disaksikan oleh Dekan Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr. Loh Teck Chwen, Ketua Eksekutif Majlis Profesor Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros, Setiausaha Politik Menteri Ekonomi, Tuan Zam Hamzah, dan Pengarah Pemasaran Ladang Konjak Sdn. Bhd, Abdul Latif Shaaru.
 
 
 
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, berkata MoA ini menjadikan UPM sebagai perintis dalam pengeluaran ubi konjak yang berpotensi tinggi sebagai sumber makanan dan penghasilan pelbagai produk hiliran.
Ketua projek, Dr. Martini Mohammad Yusoff dari Fakulti Pertanian berkata MoA ini akan melaksanakan kajian perbandingan varieti, kajian fitokimia konjak, kajian keupayaan konjak sebagai pengganti makanan ruji serta apa-apa bidang kerjasama lain yang memberi manfaat bersama.
 
 
 
Tanaman ubi konjak merupakan salah satu jenis tanaman yang akan membantu negara di dalam isu keterjaminan makanan dalam mencari alternatif lain dan mengurangkan kebergantungan kepada negara luar.-UPM
 

 

Date of Input: 31/03/2023 | Updated: 31/03/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEaBAs~