PASIR GUDANG URBAN FARMING PROJECT 8TH SERIES | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » PASIR GUDANG URBAN FARMING PROJECT 8TH SERIES

PASIR GUDANG URBAN FARMING PROJECT 8TH SERIES

Pasir Gudang, 23 Julai 2023 – University Community Transformation Centre - UCTC UPM melaksanakan siri ke-8 Projek Kebun Bandar Komuniti Pasir Gudang bertempat di Kebun Komuniti Balau Blok G, Taman Rinting, Pasir Gudang. Projek ini merupakan kolaborasi bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang dengan kepakaran Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.
Pada sesi pemindahan ilmu kali ini merupakan siri terakhir modul kebun komuniti di Pasir Gudang. Pakar Fakulti Pertanian yang menyumbangkan kepakaran adalah Dr. Jasmin Arif Shah bagi topik keusahawanan belia dan, Dr. Juju Nakasha Jaafar bagi topik pengurusan kebun komuniti. Pemindahan ilmu telah dilaksanakan kepada lebih 30 orang komuniti dari kebun komuniti Pasir Gudang selaras dengan moto UPM Berilmu Berbakti.
Projek ini bertujuan membudayakan amalan pertanian bandar, meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pemindahan ilmu melalui pakar UPM dan penjanaan ekonomi & pendapatan sampingan komuniti.
Semoga program ini memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran UPM dengan slogan Dari Gedung Ilmu Ke Lapangan.
 

Date of Input: 23/08/2023 | Updated: 23/08/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFJIAg~