Pelajar Fakulti Pertanian Anjur EntomoSphere | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Pelajar Fakulti Pertanian anjur EntomoSphere

Pelajar Fakulti Pertanian anjur EntomoSphere

Pelajar Fakulti Pertanian anjur EntomoSphere: Cultivating Insects for Agricultural Sustainability Education Excursion Mobility Programme in China
SERDANG, 15 Ogos - EntomoSphere dengan kerjasama Perwakilan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM, Nanjing Agricultural University (NAU), The International Society of Southeast Asian Agricultural Sciences (ISSAAS), dan Persatuan Perlindungan Tumbuh-tumbuhan Malaysia (MAPPS) telah menganjurkan Majlis Perasmian dan Forum EntomoSphere: Cultivating Insects for Agricultural Sustainability Education Excursion Mobility Programme in China pada Khamis lalu.
 
 
Acara yang berlangsung di Dewan Pertanian itu telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Juwaidah Binti Sharifuddin, Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, FP. Forum tersebut juga turut dihadiri oleh para penaja dari Genting Plantations, MARDI, dan Lee’s Nursery and Landscaping, serta lebih 50 peserta yang terdiri daripada industri, agensi kerajaan, dan pelajar UPM.
 
 
Forum Entomologi bertajuk "Insect Culturing - Sustainability and Industrial Practices" menampilkan panelis seperti Ts. Rosmawati Selamat, Pengarah Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian; Encik Saiful Zaimi Jamil, Pegawai Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Alam Sekitar, MARDI; dan Encik Shawn Wong, Pengarah Strategi IPM, Greenheart Supplies Sdn. Bhd. Forum ini dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. CA. Norida Binti Mazlan, pensyarah Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian UPM. Sesi forum berjalan dengan lancar, dengan peserta aktif bertanyakan soalan kepada panelis.
 
 
Selepas Majlis Perasmian EntomoSphere dan Forum Entomologi, ahli jawatankuasa EntomoSphere diberi peluang melawat Malaysian Agriculture Research and Development Institute (MARDI). Lawatan ini melibatkan kunjungan ke Muzium Entomologi dan Fasiliti Pemeliharaan Trichogramma (TRF), yang memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar mengenai kaedah pengumpulan dan penternakan serangga bermanfaat seperti Trichogramma.
 
 
Sementara itu, pada 17 hingga 25 Ogos, para peserta EntomoSphere akan berlepas ke Nanjing Agricultural University, China, untuk meningkatkan pemahaman mereka serta memperoleh pengalaman langsung dalam penggunaan serangga untuk amalan pengawalan perosak secara bersepadu dalam pertanian lestari.

Date of Input: 21/08/2024 | Updated: 21/08/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:5:26:10~noCache