Pemerkasaan Komuniti Melalui Perniagaantani | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Pemerkasaan Komuniti melalui Perniagaantani

Pemerkasaan Komuniti melalui Perniagaantani

Pemerkasaan Komuniti melalui Perniagaantani

PUCHONG, 16 Mei – Projek komuniti bertajuk Pemantapan Asas Perniagaantani di Kalangan Komuniti di Kebun Komuniti Teratai telah berjaya dilaksanakan di Kebun Komuniti Teratai, Puchong.

Program ini dilaksanakan di bawah geran “Knowledge Transfer Grant Scheme @ PTJ” (KTGS @PTJ) Fakulti Pertanian yang diketuai oleh Dr. Nurul Nadia Ramli bersama ahli projek Dr. Muhammad Mu'az Mahmud dan Puan Athirah Sulaiman. Sesi pemindahan ilmu telah disampaikan oleh ketua projek.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pelbagai input berkaitan asas perniagaantani, pemasaran produk pertanian, trend pemasaran moden serta tingkah laku pengguna. Pengisian program memberi penekanan kepada kepentingan strategi pemasaran yang berkesan dalam membantu komuniti meningkatkan nilai tambah dan potensi pasaran bagi hasil pertanian mereka.

Program ini turut mendapat sambutan yang sangat baik daripada peserta dengan penglibatan aktif sepanjang sesi berlangsung. Peserta menunjukkan minat yang tinggi melalui pelbagai soalan dan perkongsian pengalaman berkaitan cabaran pemasaran produk pertanian serta kaedah memperluaskan pasaran hasil komuniti. Interaksi dua hala yang aktif ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kefahaman peserta terhadap aplikasi pemasaran moden dalam sektor pertanian komuniti.

Pelaksanaan program ini berjaya memberi impak positif kepada komuniti melalui peningkatan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai peluang perniagaan dalam sektor pertanian komuniti. Program ini juga dilihat mampu memperkukuh keupayaan komuniti dalam mengurus dan memasarkan hasil pertanian secara lebih sistematik dan berdaya saing.

Penganjuran program berbentuk pemindahan ilmu seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti setempat di samping menyumbang kepada pembangunan kapasiti masyarakat melalui perkongsian kepakaran dan ilmu pengetahuan.

Date of Input: 09/06/2026 | Updated: 09/06/2026 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (04:09:55pm-04:14:55pm, 10 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]