
Pengeluaran Padi Stabil, Tetapi Risiko Bekalan Beras Global Hantui Malaysia
Malaysia belum berada dalam krisis pengeluaran padi yang kritikal, namun berdepan tekanan struktur yang berpanjangan. Prof. Dr. Norsida Man menjelaskan bekalan beras domestik masih berfungsi, stok negara mencukupi untuk jangka pendek dan tiada gangguan agihan serius. Namun, tahap sara diri sekitar 60–70 peratus menunjukkan kebergantungan import yang tinggi, sekali gus mendedahkan negara kepada risiko gangguan bekalan global serta turun naik harga.
Tekanan utama sektor padi berpunca daripada perubahan iklim, kos input pertanian meningkat, serangan penyakit dan skala ekonomi pesawah kecil yang mengekang produktiviti. Hasil purata sekitar empat tan sehektar masih rendah untuk menjamin pulangan baik kepada pesawah. Selain itu, demografi pesawah yang semakin berusia dan kekurangan minat generasi muda turut menjadi cabaran industri.
Beliau menekankan keperluan pendekatan strategik melalui peningkatan produktiviti, transformasi teknologi, perlindungan tanah jelapang serta pengukuhan tadbir urus rantaian bekalan. Integrasi smart farming, automasi dan latihan praktikal diyakini mampu menarik golongan muda serta memperkukuh keselamatan makanan negara.
Date of Input: 30/03/2026 |
Updated: 30/03/2026 | wazien
MEDIA SHARING