PROGRAM JERAYAWARA PELAJAR ASPER20 KE FAKULTI PERTANIAN | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » PROGRAM JERAYAWARA PELAJAR ASPER20 KE FAKULTI PERTANIAN

PROGRAM JERAYAWARA PELAJAR ASPER20 KE FAKULTI PERTANIAN

PROGRAM JERAYAWARA PELAJAR ASPER20 KE FAKULTI PERTANIAN



Serdang, 17 Januari - Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Jerayawara ke Fakulti-fakulti sebagai inisiatif baharu bagi sesi ini. Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar ASPer untuk menilai dan mendapatkan maklumat berkaitan program bacelor yang akan dipilih kelak. Melalui program ini, pelajar berpeluang mendapatkan gambaran jelas tentang laluan akademik yang sesuai dengan minat dan cita-cita mereka, selain meningkatkan motivasi melalui sesi ceramah dan taklimat yang diadakan.



Program Jerayawara ini merupakan langkah proaktif yang dilaksanakan oleh ASPutra, melengkapi program tahunan lain seperti Asper Head Start dan My Future Journey.
Antara objektif utama program ini termasuk:

a) memberikan pendedahan awal tentang program bacelor yang tersedia melalui ceramah motivasi, taklimat, dan sesi soal jawab bersama pihak fakulti.
b) meningkatkan kesedaran serta motivasi pelajar terhadap pilihan akademik dan kerjaya.
c) mengadakan lawatan ke sekitar fakulti untuk melihat kemudahan seperti bilik kuliah, makmal, ladang, dan fasiliti lain.

Seramai 42 orang pelajar ASPER telah menyertai program ini di Fakulti Pertanian. Taklimat pembukaan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Seterusnya, beberapa taklimat program bacelor telah diadakan, termasuk:

• Bacelor Sains Hortikultur dengan Kepujian oleh Dr. Shairul Izan Ramlee
• Bacelor Sains Haiwan dengan Kepujian oleh Dr. Aimi Nabilah Hussein
• Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian oleh ChM. Dr. Mohd Firdaus Mohd Anuar
• Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian oleh Dr. Muhammad Mu’az Mahmud
• Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian oleh Dr. Jasmin Arif Shah
• Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian oleh Dr. Azfar Ismail



Program ini berjaya meningkatkan kefahaman dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk membuat keputusan yang lebih yakin terhadap laluan akademik mereka.

Date of Input: 22/01/2025 | Updated: 22/01/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:5:13:52~noCache