Serdang, 2 April 2026 – Program Meet and Mingle: PG Edition telah dianjurkan sebagai platform menghimpunkan pelajar siswazah Fakulti Pertanian bagi membina jaringan sosial, berkongsi pengalaman serta mewujudkan komuniti akademik yang harmoni, khususnya melibatkan pelajar baharu Semester 2 Sesi 2025/2026.
Program dimulakan dengan sesi bersama Timbalan Dekan Siswazah, Prof. Dr. Uma Rani Sinniah yang menekankan kepentingan perancangan pengajian, pematuhan prosedur akademik serta komunikasi berterusan antara pelajar dan penyelia. Turut diadakan ialah taklimat keselamatan makmal oleh Pn. Nurul Amaliah Othman bagi meningkatkan kesedaran terhadap amalan kerja selamat.
Selain itu, sesi Postgraduate Talk oleh Dr. Jasmin Arif Shah memberi fokus kepada pembinaan hubungan berkesan antara penyelia dan pelajar. Program turut diserikan dengan aktiviti santai anjuran Postgraduate Club yang menggalakkan interaksi dan perkongsian dalam kalangan pelajar.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memupuk semangat kebersamaan, mengurangkan rasa keterasingan serta meningkatkan motivasi pelajar siswazah sepanjang pengajian mereka.
Date of Input: 17/04/2026 |
Updated: 17/04/2026 | wazien
MEDIA SHARING