Program Theory Sharing And Mini Carnival Meraikan Warga RPWP Lenggeng | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Program Theory Sharing and Mini Carnival Meraikan Warga RPWP Lenggeng

Program Theory Sharing and Mini Carnival Meraikan Warga RPWP Lenggeng

Program Theory Sharing and Mini Carnival Meraikan Warga RPWP Lenggeng
 
LENGGENG, 4 Januari – Seramai 31 orang Pelajar Kursus Perencanaan Program Pengembangan Pertanian (TKP4203) Semester 1 Sesi 2024/2025 Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Jabatan Teknologi Pertanian (JTP), Fakulti Pertanian, UPM dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM telah menganjurkan Program Theory Sharing and Mini Carnival bersama Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Lenggeng, Negeri Sembilan. Program ini telah mendapat penajaan daripada Jabatan Pertanian Malaysia, Chai Seng Enterprise, Zidan Company dan individu perseorangan.
 
 
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga RPWP mengenai kepentingan ilmu pertanian serta potensinya dalam membina masa depan yang cerah. Aktiviti termasuk perkongsian teori teknologi pertanian, penggunaan dron dan mikrogreen, pameran Bas Pengembangan oleh UCTC, dan mini carnival untuk mengeratkan hubungan peserta. Menurut Dr. Jasmin, pensyarah Kursus TKP4203, program Theory Sharing and Mini Carnival ini merupakan program SULAM yang memberi pendedahan kepada para pelajar dengan komuniti luar. Program ini juga diharapkan dapat membuka minda warga komuniti RPWP terhadap potensi bidang pertanian yang penting untuk pembangunan ekonomi negara.
 
 
 
Kolaborasi ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pelajar UPM dan warga RPWP, tetapi juga meluaskan jaringan sosial dan profesional kedua-dua pihak. Penglibatan aktif daripada warga RPWP dalam program ini menunjukkan komitmen mereka mendukung agenda keselamatan makanan.
 
 
 
 

Date of Input: 13/01/2025 | Updated: 13/01/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:5:38:59~noCache