PROJEK KEBUN BANDAR KOMUNITI PASIR GUDANG SIRI 7 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » PROJEK KEBUN BANDAR KOMUNITI PASIR GUDANG SIRI 7

PROJEK KEBUN BANDAR KOMUNITI PASIR GUDANG SIRI 7

Pasir Gudang, 19 Mac 2023University Community Transformation Centre - UCTC UPM melaksanakan siri ke-7 Projek Kebun Bandar Komuniti Pasir Gudang bertempat di Kebun Komuniti Balau Blok G, Taman Rinting Pasir Gudang. Projek ini merupakan kolaborasi bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi tempoh setahun hingga Julai 2023.
 
 
Pada sesi pemindahan ilmu kali ini dengan ke pakaran dari pakar Fakulti Pertanian iaitu Dr. Puteri Edaroyati Megat Wahab bagi topik teknik penanaman tanpa tanah dan, Dr. Sarah Baharudin bagi topik susunatur & penyelenggaraan tanaman di kebun komuniti. Pemindahan ilmu telah dilaksanakan secara teori dan amali kepada 30 orang komuniti dari kebun komuniti Pasir Gudang selaras dengan moto UPM Berilmu Berbakti.
 
 
Projek ini bertujuan membudayakan amalan pertanian bandar, meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pemindahan ilmu melalui pakar UPM dan penjanaan ekonomi & pendapatan sampingan komuniti.
Semoga program ini memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran UPM dengan slogan Dari Gedung Ilmu Ke Lapangan.
 
 
 

 

Date of Input: 31/03/2023 | Updated: 31/03/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEUMA4~