Suasana ceria dan penuh kemeriahan jelas terpancar di Ladang 15 apabila program Raya@Ladang: Petik & Posing! berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dari pelbagai peringkat.
Program ini telah menarik penyertaan ramai pengunjung yang terdiri daripada warga kampus serta masyarakat setempat. Antara pengisian utama program ialah aktiviti memetik jagung manis secara langsung di ladang, yang memberikan pengalaman unik kepada peserta untuk mengenali proses pengeluaran hasil pertanian dengan lebih dekat. Seawal pagi, pengunjung mula memenuhi kawasan ladang dengan semangat untuk merasai sendiri pengalaman memetik hasil tanaman segar.
Selain itu, turut diadakan jualan hasil ladang seperti keledek, air tebu telo,anak pokok dan sayuran organik segar. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan hasil pertanian berkualiti, malah menyokong usaha mempromosikan pertanian lestari dan gaya hidup sihat.
Program ini juga menyediakan ruang interaksi santai melalui sesi bergambar di kawasan ladang, sekali gus mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan hubungan antara pihak fakulti dan komuniti.
Secara keseluruhannya, penganjuran program ini telah mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sektor pertanian serta memperkukuh hubungan komuniti melalui pendekatan yang santai dan informatif.
Date of Input: 17/04/2026 |
Updated: 17/04/2026 | wazien
MEDIA SHARING