Suntikan Iltizam Baharu 2026 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Suntikan Iltizam Baharu 2026

Suntikan Iltizam Baharu 2026

Suntikan Iltizam Baharu 2026
Fakulti Pertanian telah menerima kunjungan rasmi Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib UPM Deputy Vice Chancellor for Academic and International, pada Khamis, 8 Januari 2026, bagi membentang dan membincangkan perangkaan struktur hal ehwal akademik fakulti.

Ahli Pengurusan Fakulti diketuai oleh Dekan, YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen, telah berkongsi laporan pencapaian semasa yang memberi impak besar dan menaikkan visibiliti fakulti, serta membentangkan hala tuju 4 penggal sebagai penanda aras bagi memacu kemajuan fakulti secara progresif.
 
Sesi pembentangan dan perbincangan telah berlangsung selama lebih sejam dan disertai lawatan tapak ke reban ayam penelur moden.
Pihak fakulti mengucapkan sekalung penghargaan atas kunjungan dan perbincangan dua hala yang telah berlangsung serta setinggi -tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sesi lawatan ringkas ini.
 

Date of Input: 09/01/2026 | Updated: 09/01/2026 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (10:56:11pm-11:01:11pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]