Jumaat, 9 Januari 2026. Fakulti Pertanian telah menganjurkan TAKLIMAT 1RAPI & KEMPEN PENCEGAHAN KEBAKARAN MODEN bagi menyuntik kesedaran bersama tentang risiko dan bahaya insiden kebakaran selari perkembangan industri teknologi dan penciptaan gajet seharian.
Sesi perkongsian telah disampaikan dengan begitu menarik dan berkesan oleh penyampai profesional, Cik Nurnabila Huda Khairudin, mewakili Fire Preventor's Society.
Sesi perkongsian berlangsung hampir dua jam memuatkan penerangan terperinci tentang punca, risko, kesan dan langkah pencegahan insiden kebakaran merangkumi lokasi kediaman, tempat kerja dan kenderaan, serta demonstrasi ringkas untuk kefahaman para peserta.
Semoga manfaat yang diterima dapat diaplikasikan sebaiknya serta dapat mengelakkan diri dari bencana kebakaran.
Pihak fakulti mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan sesi perkongsian kali ini.
Date of Input: 09/01/2026 |
Updated: 09/01/2026 | wazien
MEDIA SHARING